Saturday, February 23, 2013

7 Dasar Islam (part 1)


Mabit 22 Februari 2013

Dasar – dasar Islam : Abul Ala Al  Maududi

7 Dasar Islam (Part 1)

1)IMAN

·      Kurnian Terbesar
“Sesungguhnya orang – orang yang beriman itu adalah mereka yang jika disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat – ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal, (iaitu) orang – orang yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. Itulah orang – orang yang beriman dengan sebenarnya – benarnya. (Al Anfal:2-4)

Syarat – Syarat Iman

1)Pengetahuan
  • ·      Islam bukan paksaan (2:208), (2:251)
  • ·      Kepentingan mengetahui hakikat jahiliyyah
  • ·      Umar Al Khattab: Ikatan iman akan terungkai satu demi satu, apabila dikalangan islam tumbuh orang yang tidak jahiliyyah.
  • ·      Jahiliyyah: Semua yang bertentangan dengan Islam

2) Perbuatan
  • ·      Perbezaan antara muslim dan kuffur




 Janji Allah: Islam akan menang!!

Realiti sekarang : Maksiat Berleluasa!!!!!

SEBAB???
  • ·      Kita kena muhasabah diri
  • ·      Kita kena tahu apa ciri – ciri orang yang menang yang disebut oleh Allah dalam al – Quran
  • ·      Renungan: Akibat berpaling daripada al Quran  (Taha:124-125) (Al Araf:40), (NIsa:56)
  • ·      As Syahid Muhannad Tahir:

“Islam itu hebat. Tiada orang yang layak memikulnya kecuali orang yang hebat. Maka jadilah orang yang hebat”





 SYAHADATAIN
  • ·      Perjanjian antara manusia, Allah dan Rasul
  • ·      Seluruh dunia dan tubuh menjadi saksi kepada sumpah kita
  • ·      Sekiranya kita melanggari perjanjian tersebut Allah sama sekali tidak akan terjejas  (Al Imran: 177)
  • ·      Kalimah ini menjelaskan bahawa kita mesti meletakkan Allah sebagai ilah kita
  • ·      Dalam dunia masa kini, kita sering meletakkan benda – benda keduniaan sebagai ilah iaitu keutamaan kita.


Sabda Rasulullah:
            “wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman kepadamu: Perintahlah (Manusia) supaya melakukan perkara – perkara yang makruf (yang baik) dan cegahlah mereka dari melakukan perkara – perkara yang mungkar sebelum ( tiba waktu di mana) kamu meminta dan aku tidak lagi memberi dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu lagi.

(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)



Sunday, February 17, 2013

Sultan Abdul Hamid II


Sultan Abdul Hamid II



Beliau adalah merupakan Khalifah yang ke 34 dan khalifah terakhir daripada zaman Turki Uthmaniyah. Beliau dilantik mejadi Khalifah semasa berumur 34 tahun pada tahun 1876. Tempoh pemerintahan beliau adalah selama 33 tahun. Kehebatan beliau terbukti apabila beliau berjaya menaikkan semula tamadun uthmaniyah yang pada ketika itu sedang kucar kacir.

Sultan Abdul Hamid lahir pada hari Rabu 21 september 1842. Nama sebenar beliau adalah Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan. Putera daripada isteri kedua Sultan Abdul Majid. Ibu beliau meninggal semasa beliau berumur 7 tahun. Sultan Abdul Hamid II dibai’at menjadi khalifah selepas Sultan Murad V, putera kepada bapa saudara beliau digulingkan selepas 93 hari berkuasa. Khalifah Abdul Hamid II menerima kerajaan yang dalam keadaan yang kucar kacir.

Ketika itu pengaruh barat telah menyelinap masuk ke dalam tamadun Islam yang gah. Sultan Abdul Hamid telah sedaya upaya memerangi anasir barat daripada terus meracuni ummah.

Kehebatan beliau terserlah apabila baginda mampu membina lantasan kereta api ke Madinah, membina Kapal Selam untuk memperkkuhkan aramada laut Turki Uthmaniyah. Selain itu beliau mampu mengurangkan deficit Negara dari 300 juta lira kepada 30 juta lira, membina dan memodenkan fakulti perubatan dan memperkenalkan pelbagai teknologi baru.

Kemasyuran Kerajaan Uthmaniyah telah menyebabkan bukan sahaja Negara – Negara Eropah malah Amerika bersaing untuk menguasai kekayaan pemerintahan kerajaan Uthmaniyah. Antara taktik kotor yang digunakan utuk mejatuhkan Sultan Abdul Hamid II ialah dengan menggunakan sentiment perkauman . Mereka menyebarkan propaganda dengan pelbagai cara termasuk media massa bahawa kaum minoroti, kaum Armenia iaitu orang bukan Islam yang berada di bawah naungan Kerajaan Turki Uthmaniyah dilayan secara tidak adil oleh pemerintah.

Fitnah ini berleluasa sehinggakan Sultan Abdul Hamid menerima gelaran Sultan Merah kerana didakwa telah menyebabkan kematian berjuta orang Armenia. Namun sekiranya sejarah dibelek semula, tiada bukti yang mengiyakan dakwaan tersebut. Sebaliknya, pengkaji sejarah, Stanford J. Shaw dan Ezel Hamid mendapati bahawa pembunuhan ini dilakukan oleh golongan al-Ittihad wa al-Taraqi.

Sifat amanah Sultan Abdul Hamid terserlah menerusi ketegasan beliau untuk mempertahankan tanah Palestin daripada sang parasit, Yahudi. Emanuel Carasso seorang Yahudi warga Itali bersekongkol bersama Theodor Herzl mahu mendapatkan izin menempatkan orang Yahudi di Palestin. Mereka menawarkan untuk membeli lading milik Sultan di Sancak Palestin, namun Sultan Abdul Hamid menolak tersebut dengan tegas, termasuk hasrat mereka untuk menyewa tanah itu selama 99 tahun.

Hal ini telah menaikkan kemarahan orang Yahudi dan akhirnya telah menyebabkan Sultan Abdul Hamid II kehilangan takhta dan kuasa. Beliau telah dipaksa turun takhta oleh Kamal Ataturk dengan sokongan British dan Zionis. 

Saya jumpa satu artikel  yang menceritakan detik pemecatan Sultan Abdul Hamid. Kisahnya sangat menyayat hati dan mempunyai banyak teladan yang boleh kita ambil. 

http://myibrah.com/peristiwa-kejatuhan-khalifah-uthmaniyah-terakhir