Saturday, November 3, 2012

Laporan 3 minggu PPG

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah pada 15 Oktober yang lepas, pihak ISMA telah mengutus Kak Nur Fatin Halil khusus ke Czech Republic. Ketibaan Kak Fatin disambut oleh Kak Arifah di Ruzyne Airport, Prague (nama baru tak ingat). Pada malamnya, semua ahli usrah berkumpul di bilik Kak Kina untuk dinner (siapa masak dirahsiakan), taaruf serba ringkas.

Sepanjang hampir 15 hari di Czech, pelbagai program telah dijalankan bersama Kak Fatin. Antaranya 

16 Oktober
Kuliyah Fiqh pada malam Selasa melibatkan sisters Olomouc. Bertempat di room 317, Sport Faculty, Neredin, kuliyah ini mengetengahkan isu haid, aurat, solat ketika musafir dan khuf. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar bermula jam 7.30 hingga 10 malam.


(Tolonglah tengok muka Kak Akiey)

19 Oktober 
Seterusnya, program mabit usrah bertempat di apartment Neredin 2 bermula hari Jumaat. Pada malamnya diadakan :
1. Tazkirah 'Tabarruj' dan 'Ikhtilat'
2. Sesi ice-breaking

Ketibaan akhawat Poland dan Kak Arifah.

20 Oktober 
Esoknya, diikuti program daurah di Masjid Al-Firdaus yang turut melibatkan ikhwah ISMA. Untuk daurah, 2 slot telah dibentangkan oleh Kak Fatin iaitu :
1. Hazad Din (Agama Ini) karya As-Syahid Sayyid Qutb
2. Risalah vs Ijazah

Pada malamnya, beberapa akhawat keluar main laser-tag. Ok saya tak main sebab kena tinggal. Kwang2. 

21 Oktober
Hari terakhir mabit, Kak Fatin membentangkan Shahadatul Haq tulisan Abul A'la Al-Maududi di Surau Neredin. Sebaik selepas lunch, akhawat Poland berangkat pulang ke Warsaw.


23 Oktober
Sekali lagi mengumpulkan sisters Olomouc di Sport Faculty untuk sesi Kuliyah Kesyumulan Islam oleh Kak Fatin. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupun bilangan sisters yang hadir kurang daripada yang hadir di Kuliyah pertama.

25 Oktober
Mabit penggerak di bilik Kak Kina. Walaupun terpaksa tidur berhimpit-himpit tapi alhamdulillah banyak ilmu yang dikongsi oleh Kak Fatin berkenaan teknik mengendalikan usrah dan peranan usrah dalam pembentukan individu Muslim.

28 Oktober
Sambutan Hari Raya Aidiladha di RCO yang juga hari terakhir Kak Fatin di Olomouc. 

Jazakillahu khairan Kak Fatin sebab sudi bersama kami dan berkongsi baaaanyak ilmu baru. Semoga jasa baik Kak Fatin dibalas-Nya dalam bentuk yang lebih bermakna. Diharapkan segala ilmu baru yang dikongsi dapat dimanfaatkan oleh semua sisters yang terlibat, insyaAllah.

Salam sayang dari kami di Olomouc ke Kaherah. Semoga ukhuwwah ini dinaungi rahmat-Nya.

Sunday, October 14, 2012

Usrah kami

Bismillah

Assalamualaikum. 
*Lama nya tak update blog ni*

Alhamdulillah semalam (13th Oct '12) ada usrah lagi. Alhamdulillah Allah masih beri peluang dan nikmat mata dan telinga untuk still continuously join usrah tanpa keuzuran serta nikmat kaki untuk berjalan ke port usrah.

Kali ni nak recall apa yang dah kami lakukan sepanjang usrah semalam so that in future kita tak lupa ilmu yang dikongsi bersama.

1) Agenda pertama : Tadabbur oleh Syer and Tiqah.

Kali ni giliran surah Al-Mulk. Boleh dikatakan hampir semua orang familiar dengan surah ni. Kalau di asrama sekolah saya dulu, setiap malam akan ada sorang muslimin yang akan baca surah ni kat mic surau, so time ni lah sedap usha bacaan siapa paling bes

Surah Al-Mulk ialah surah Makiyyah, surah ke-67 dalam sususan mashaf Uthmani, mengandungi 30 ayat. Secara generalnya, tema surah ini ialah keamanan dan keselamatan. Melihat kepada maksud 'Al-Mulk' itu sendiri  yang memberi terjemahan 'kerajaan' dalam bahasa Melayu, sebuah kerajaan dilihat sebagai satu institusi yang bertanggungjawab menawarkan keselamatan dan keamanan kepada seluruh isi masyarakat. 

Selain itu, surah ini men'deksripsi'kan kesempurnaan ciptaan alam ciptaan-NYA. 

A003
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? (ayat 3)

Surah Al-Mulk juga memperlihatkan kita kepada gambaran azab api neraka

A007

Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. (ayat 7)

Kenapa kita digalakkan membaca surah Al-Mulk sebelum tidur?

Ada kata-kata Ulama', Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.” Maaf sumber yang sahih tidak dapat saya pastikan di mana. 

Fadhilat surah Al-Mulk yang lain boleh baca di ruangan ini.

 2) Agenda kedua : Pengisian oleh Kak Akiey.

Kak Akiey juga telah menyampaikan satu pengisian yang sangat menarik bagi saya, yakni menggunakan surah At-Takwir berpandukan Tafsir Fi Zilalil Quran untuk menggambarkan situasi hari kiamat kelak. 

At-Takwir ialah surah Makiyyah, surah ke 81, mengandungi 29 ayat. Secara umum, surah At-Takwir boleh dibahagikan kepada 2 bahagian : 
              1. Ayat 1-14 - Gambaran hari kiamat
              2. Ayat 15-29 - Hakikat penurunan wahyu


Bahagian 1

Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
Dengan dosa apakah ia dibunuh?
Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;
Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;
Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;
Dan apabila Syurga didekatkan;
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.
(ayat 1-14)

Ayat yang paling terkesan kepada saya ialah ayat ke-10, di mana Allah menggambarkan surat-surat amal dibentangkan di padang Mahsyar nanti. Tidak kira perkara yang mengaibkan atau memuliakan, segala rahsia kita akan dibongkar. Ya Allah, betapa malunya kita nanti andai seluruh umat manusia tahu perkara yang paling memalukan yang pernah kita lakukan di dunia sekarang. 

Deskripsi-deskripsi yang telah Allah terangkan dalam surah ini jelas dan PASTI akan berlaku. MashaAllah tak terbayang betapa dasyatnya bumi pada waktu itu dan manusia pasti dalam keadaan huru-hara. Yang terselamat dan dilindung hanyalah orang yang bertakwa. Semoga kita tergolong dalam kelompok itu.

Bahagian 2

Kak Akiey telah menerangkan kepada kami betapa tingginya darjat Al-Quran di sisi orang mukmin. Untuk menghasilkan Al-Quran bukan satu proses yang simple, terlalu banyak selection dan tangga-tangganya. 

A019
Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia, (ayat 19)

Diturunkan oleh Jibril yang mulia untuk seorang Nabi yang mulia mengandungi pelbagai ajaran yang lengkap untuk sepanjang hidup.

Subhanallah, betapa Allah telah menyusun satu turutan yang cantik untuk menurunkan panduan hidup kita yakni Al-Quran. Rugilah kalau kecantikan ini tidak kita hargai lebih-lebih lagi dihayati dan diamalkan isi kandungannya.

3) Agenda ketiga : Isu semasa oleh Sharin

Sharin telah membentangkan isu kesihatan dan kepentingan mengawal nafsu makan

"Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang"

Kita tidak digalakkan makan terlalu banyak dalam sesuatu masa, dikhuatiri malas untuk bergerak, to make thing worse, syaitan akan menghasut kita untuk malas beribadat. 

Maka, sebelum makan, baca doa dulu. =)

Extra reading di sini. 



Sekian sahaja dari usrah kami. Sepatutnya Qiela and Nisa bentang tazkirah tapi due to time constraint, tazkirah ditangguhkan ke usrah akan datang, insyaAllah. Not to forget, semalam kami menerima ahli usrah baru, Azreen. Ahlan wasahlan wamarhaban bikum. 

Semoga mendapat manfaat drpd entry ni. Assalamualaikum !

Thursday, June 21, 2012

Cakna kah kita?

Alhamdulillah, segala puji hanya pada yang Maha Esa. Alhamdulillah masih diberi peluang menghirup udara pemberian-Nya. Alhamdulillah masih diberi nikmat penglihatan pinjaman-Nya. Alhamdulillah kaki masih mampu melangkah. 

Alhamdulillah masih diberi tempat perteduhan di bumi Allah. Regarding this, teringat saudara seakidah kita, bangsa Rohingya di Myanmar. Myanmar tidak serik melaksanakan pembersihan etnik. Tanpa belas kasihan, mereka dihalau dari negara tumpah darah. Lebih menyedihkan apabila negara jiran se-Islam, Bangladesh menutup sempadan kemasukan bangsa ini yang meminta perlindungan. 


Bayangkan kalau pakcik ini ayah kita. Merayu meminta pertolongan tapi rayuannya tidak diendahkan. T_T

Ke mana lagi kaki mereka mampu melangkah? Ke mana hala tuju hidup mereka, anak-anak kecil akan datang? 

Ya ALLAH, hanya dengan perlindungan dan naungan-Mu, kami berharap.

Semoga doa buat saudara kita ini sentiasa dititipkan saban hari. Agar tabah menghadapi dugaan. Agar dugaan dan ujian yang mereka hadapi bakal mencambahkan benih-benih ketabahan yang jitu terutama dalam jiwa si pemuda justeru bangkit mempertahankan bangsa dan agama, terutama akidah kepada Yang Satu yang acap kali diperkotak-katikkan di negara mereka. Pelbagai bentuk tuduhan  dilempar. Islam is terrorist, extremist dan sebagainya. 


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”. 

Riwayat at-Tabrani



Di dalam Shahih al-Bukhari diriwayatklan daripada Nukman bin Basyir yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

“Engkau lihat orang-orang mukmin di dalam saling kasih sayang, hubungan yang hangat, dan merasakan di antara mereka seperti tubuh. Jika salah satu anggota tubuh mengeluh, maka seluruh tubuh itu akan merasa demam dan tidak boleh tidur.”         

Adakah kita  merasakan yang sama? Kita tidak mampu bertindak lebih daripada berdoa, maka marilah sama-sama kita doakan saudara-saudara kita di Myanmar, Syria, Palestin mahupun di mana-mana. Moga ditabahkan hati mereka. 

Wallahu a'lam.





Wednesday, June 20, 2012

ALHAMDULILLAH !!



Bismillah.. 

Ya Allah, kami panjatkan kesyukuran kepada-Mu atas rezki yg melimpah ruah, nikmat Islam dan iman dan atas segala-galanya yg telah dikurniakan kpd kami..  
SYUKUR Alhamdulillah..

Alhamdulillah Ya Allah,

Kali ini saya ingin berkongsi ilmu medik bersama anda.. pernah x anda dengar ttg "Hutchinson–Gilford Progeria Syndrome atau lebih dikenali sebagai Progeria Syndrome?

Penyakit ini adalah rare disease.. nak tahu lebih lanjut?

Cuba baca bwh ni..
Progeria (also known as "Hutchinson–Gilford Progeria Syndrome") is an extremely rare genetic condition where in symptoms resembling aspects of aging are manifested at an early age. The word progeria comes from the Greek words "pro" meaning "before", and "géras" ,meaning "old age". The disorder has very low incidences and occurs in an estimated 1 per 8 million live births. Those born with progeria typically live to their mid teens and early twenties. It is a genetic condition that occurs as a new mutation (de novo), and is rarely inherited.

                                          typical appearance of the children with this syndrome
                                            ( this pic just too cute..but usually they look more older.)

Kenapa saya berminat dgn cerita ini?

Sbb saya berasa sgt bersyukur kerana dilahirkan begitu sempurna.. 
tapi kita slalu x perasaan dan lupa bersyukur kerana kita sangka org lain pon sempurna tetapi mereka nmpak lebih cantik, lebih pandai, lebih kuat n etc..

Tapi kita lupa Allah jadikan setiap org itu berbeza.

Kita lupa disebalik kesempurnaan itu terselindung cacat cela.

Hakikatnya siapalah kita utk merungut.

Jom berfikir sejenak!!

Kenapa Allah cipta manusia berbeza2?

Supaya kita dpt bersyukur atas nikmat yg diberi dgn memandang org yang lebih bawah dari kita..

Adakah kita guna nikmat itu sebaiknya? 
Bagaimana dgn amal kita dikala usia semakin meningkat? meningkat ke menurun?

Teringat tazkirah (TOL= 30 mins of LOVE) baru2 ni ttg israk mikraj.. 

Sewaktu perjalanan israk mikraj,Nabi bertemu dgn seorg tua yg berjalan kehulu hilir dan                   
                                              cuba menahan perjalanan Nabi.
Simbolik si tua tadi adalah = orang yg menghabiskan waktunya dgn sia2 sehingga tua.. 
nauzubillah ..

Apa kaitannya dgn disease ni? 

Disease ni akan mempercepatkan proses penuaan seseorg itu..bayangkan budak yg baru berusia 5 tahun tetapi mempunyai tubuh bersamaan 96 tahun.. selalunya kematian mereka disebabkan oleh heart disease.
Belum sempat membesar dan berbakti pada dunia n masyarakat dan terutamanya agama, Allah tarik nikmat muda dan kebebasan yg ada pada dia.

Kesimpulannya,

1)    Bersyukurlah atas nikmat yg diberikan Allah dan gunakan sebaiknya.
                  Dan ingatlah firman Allah dlm Alquran:
 “Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).”  (21:52)
2)    Seseorang rijal itu perlu ada matlamat yg jelas dlm hidup 
supaya masa itu tidak disia2kan begitu saja..
 So kita kena igt apa tujuan hidup kita iaitu:
 "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya".   (2:30) 
"Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu."  (51:56)
wallahualam..

-qh-

Saturday, June 16, 2012

ada apa dengan solat?

have we wonder ourselves, do we actually understand and know the meaning of reading we have in our solaah?


The preaching we have in our solaah carry such a wonderful meaning. Knowing the meaning  actually help us to be more present in our solaah and striving for khusyu' 


Selamat beramal ^_^v

#funfact The most important function in salat is sajdah where we touch the ground with our forehead. This posture increases fresh supply of blood to our brain. Needless to say in certain forms of yoga some adherents stand on their heads for the same purpose. That is why our Nenek-nenek and atuk-atuk yang rajin solat sunat and all tak nyanyuk :) 


Tuesday, June 12, 2012

BAHAGIA who??


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum, AHOJ!

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Alhamdulillah kerana Dia yang Maha Penyayang dan Maha Pemurah , kita masih lagi berpijak di dunia yg sementara ini, cells, tissues, vessels masih lagi diberi oxygen secukupnya untuk meneruskan metabolic reaction, normal hemodynamic ciculation, normal cardiac rhythm  yang sangatlah penting untuk kemandirian diri kita. Selalu aku berfikir betapa diri ini tidak bersyukur dengan rahmat Dia, selalu mengeluh dengan kekurangan yang ada, 'tidak cukup inilah' 'lauk ni tak bestnya takdak ayammm' 'ee gemuk sangat la nii' 'alaa duit MARA siket sangat laaa weh' etc dan benda yang paling koman aku selalu buat, bila diberi nikmat tidur lena sampai terlewat bangun, bangun-bangun pun mengeluh 'ee apasal laa aku ni boleh tertidur lama sangat nehhh' walhal Dia baru sahaja bagi kita rehat secukupnya kepada badan untuk lebih cergas hari tu.

Itu satu hal. Diri sendiri tak bersyukur. adakah kita sedar Allahu Ya Rahim , Allahu Ya Rahman sangat mengasihi kita hari ini dengan memberikan kita NIKMAT TERBESAR in the whole universe which is ISLAM. Have we thank Him today for the Iman that we have in our heart? Cuba tengok sekeliling. Kalau berada di Czech Republic ini, tersangatlah terasa betapa bertuahnya diri ini dipilih oleh Allah, untuk berpegang teguh lagi dengan panji syahadah ini. Have we ever think, what I have in ME to be the chosen one by HIM to be A MUSLIM?????  do WE ALL REALIZE THAT WE ARE HOLDING THE MAIN KEY TO JANNAH, which is our SYAHADAH?? bayangkan satu hari kita,Allah bangunkan kita sebagai seorang bukan Islam sebab Allah tukar nikmat Islam kepada kawan kita yang bukan Islam tapi lebih banyak ciri Islam dalam diri dia? Nauzubillah, aku tak sanggup!!




somewhere in Sibenik, comelkan pakcik ni?


ok, back the point. Compare with the people who are the non-believers, the non-Muslim, how they worked very hard for dunya and Allah have mentioned in the Quran the ending for those who are kafiruun. Dan itu bukan tandanya diri ini sekarang yang Islam untuk mendabik dada, berasa bangga dan senang, dan overconfident yang kita akan end-up dengan syurga. OH NOO la broooo! Diri yang banyak dosa ini tidak lagi ending kita apa. Seperti yang telah Allah beritahu dalam surah Al-waqiah, ada 3 golongan di hari akhir nanti, Golongan Muqarrabin golongan Ashabul Yamin (golongan Kanan) atau Ashabul Syima'al (golongan kiri)??  aduh, kata nak kejar syurga, tapi tengok realiti diri aku sendiri, aduh jauh panggang dari api. T__T

dan Allahu ya Basit (yang melimpahkan nikmat) sudah bilang 31 kali dalam surah Ar-Rahman

Semalam saya rasa tertampar la jugak dengan talk Dr Muhaya ni. Saya dari kecil teringin sangat nak pakai spec, selalu curik-curik pakai ayah dan ibu punya spec , try depan cermin, dan cakap kat diri sendiri 'waa bestnya pakai spec, nampak educated and MATANG ,plus CANTIK sekali bila pakai spec ni, miahahha :P ' Terngiang-ngiang pula dengan kata-kata Dr. Muhaya semalam dlm satu talk dia ni, cuba kalau setiap nikmat yang Allah bagi ini Allah kenakan charge, ala-ala credit top-up handphone la kan. ok, kita pilih organ mata je la kan. #Funfact, Mata kita ada 125 juta photo-sensitive light cell . cubalah kalau Allah charge 1 cent for every cell to function. terkedek-kedek kita pergi kedai top-up, charge credit untuk mata. Kalau tak dak kredit, rabun/ gelap certain area of the vision field.  HAHA GELABAH TAKKK? GELABAH BEBB, baru ditarik satu nikmat mata, kita pakai spec dan sebagainya, susahkannn?? tudia, terkenalah sebijik batu besaq jatuh dari langit hinggap just nice kat pipi bulat ni. =.='

sooo,  awak awak awakk wak, nak tahu tak siapa orang paling bahagia?
Orang yang Paling BAHAGIA adalah orang yang bersyukur dengan nikmat-nikmat yang dia ada. omputihnya ngomong 
'THE HAPPIEST PEOPLE DON'T HAVE THE BEST OF EVERYTHING, THEY JUST MAKE THE BEST OF EVERYTHING THEY HAVE'
'booooo, dah nak ending entry baru nak relate dengan tajuk Bahagia' =.=' saje bajet suspence la kononnya

Intihanya, (hehe Cikgu Hasni Adam , cikgu Malay A1 saya di KMB sure suka kerana penggunaan kata ini)  ucapkanlah Alhamdulillah ala Kulli hal yang bermaksud 'All Praises are due to Allah due to Allah in Every Condition'  BERSYUKURLAH DENGAN APA YANG DIMILIKI, tengok diri sendiri betapa berharganya diri ini, nilai diri kita ni bukan trillion, gazillion, tapi memang tak ternilai dek figure. Infinity beb nilai kita ni.

saya akhiri entry berbahasa Ta-Manglish (Tamil+Malay+english) ini dengan satu kata-kata fevret pemikir Islam,


 Hidup ini, adalah antara Syukur dan Sabar. -Mr Hamka 


#ProjekMataHati Melihat pada kekurangan seseorang akan membuatkan hati kita bertambah bersyukur dengan kelebihan yang kita miliki sekarang

dan bila bosan, tekanlah saya like serious seriously kena tekan!


dobrou noc!
BungaYangMasihBelajar








Sunday, June 10, 2012

A letter to the heart





Dear heart,

How have you been holding up to lately? Did you spend your days missing your Lord and remembering Him in everything you do everyday? Have you told eyes to cry out for forgiveness and head to bow down and prostrate?  O heart, have you been grateful each time you pump a single blood to supplicate this borrowed body?

Sometimes you feel you feel lonely and blue and when it gets too much; you felt something is wrong. You questioned this uneasy feeling and you realized that you’ve been so distance to your Superior. O heart, verily Allah had never moved an inch from you, rather it was you who is distancing yourself from His embrace.

‘And indeed We have created man, and We know what his own self whispers to him. And We are nearer to him that his jugular vein. ,’ (50:16)

Dear heart,

            It’s never too late. As long as you’re still beating inside me, it is all because Allah. He made you beat, He placed wisdom in every calamity and made us strong, He gives us reasons to be happy in times of sadness and shone us light to guide our path in times of ignorance. You only have every reasons to be grateful. I know that faith doesn’t always stays on the same par but rather it has its ups and downs. But be strong. Be strong and push away temptations that is disconnecting you from Allah. Clear some space for His love and you will be surprise by how much solace you can find in His words.

‘…Verily, in the remembrance of Allah do hearts find rest.’ (13:28)

Dear heart,

            Stray away from sins. The hellfire seeks those hearts that’s filled with ingratitude and too much pleasure of the dunya. Never find happiness in luxury nor feel too good about one self. Be modest. Would you rather be poor in the eyes of humans or poor in the eyes of your Lord Almighty? His promise is far beyond grander than the world could offer you. So, strive hard for His pleasure.

So, let’s pray for a better outcome. Let’s be better that yesterday and aim higher than before. Last but not least, I ‘heart’ you. Uhibbukifillah.


Your sincere friend,
 Me.

Saturday, June 9, 2012

salam semua orang yang sedang baca post ini
*logik lah kan kan kan?*
like seriously, i tak tau lah nak tulis pasal apa.
tapiiiiiiiiiii
dikuatkan jari2 utk ketuk2 papan kekunci kat komp ni ha.
ni ha, nak share satu kata2 yang tak tau jatuh dr mana
yang pasti smpai sekarang masih terpampang indah kat dinding
*batuk2*

natijah itu milik Allah
anugerah Allah kepada hambaNya.
dan tak ada satu pun natijah yang Allah bagi itu sia-sia
kalau Allah bagi kejayaan 
Allah suruh kita bersyukur
bukankah Allah mencintai orang yang bersyukur?
dan kalau mendapat kegagalan
kegagalan itu hanyalah pada pandangan manusia sahaja
Allah suruh kita bersabar
dan bukankah Allah mencintai orang yang bersabar?

see, baca ulang kali pun rasa macammmmmm
sayanggggggnya dan pengasihnya Allah kat kita
yes, itu menjadi titik tolak dalam kehidupan utk teruskan hidup dalam dunia perubatan
*amboi ayattt*

mana2 yang terjadi 
tetap Allah mencintai hambaNya
bukannya ditinggalkan seperti sang arjuna meninggalkan cinta kasihnya utk satu perkara yang kecik
*perempuan itu tak pandai lipat baju*
*ok xde kaitan*

walau jauh mana pun kita lari
walau jauh mana pun kita rasa macam nak give up
walau pun kita rasa macam dah tak mampu
walau kita dah rasa mcm nak muntah tgok nota2 colour warna warni
walau walau walau dan walau

tetap, Allah ada sama an kita.
dan Allah bagi kita kekuatan melalui banyak cara
dan terpulang kepada kita utk realise and appreciate it!

apa2 pun jadi
Allah sentiasa ada dan Allah akan dengar doa hambaNya
kita sebagai hamba
harus bersyukur kita ada
Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!

bayangkan, kalau esok hari *kalau masih hidup*
anda bangun dalam keadaan bukan islam?
bangun dalam keadaan tmpt sekeliling dah tinggal abu
bangun dalam keadaan yang huru hara
yes, pentingnya bersyukur ituuuuu
supaya kita, sebagai hamba
tahu dengan pemberian Tuhannya.
Allah kan Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

set mind, perbaharui niat sentiasa!

p/s need du'a from everyone to get through a busy exam period!mohon didoakan ye! anda dapat pahala dan kita sama2 inshaAllah masok syurga Allah yang ohsem ituu.

bukan sekadar lafaz


#wah3 mcm tajuk novel la pulak#

ok tarik nafas(3x)...
done?
lets start.


"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang"

Tahukah anda bacaan basmalah ini adalah ayat tergantung sebenarnya???

contoh : dengan kereta kuning itu......
dengan pen itu...
etc..

ayat tergantung kan?? 

ayat lengkap: dengan kereta kuning itu saya ke kedai
dengan pen itu saya menulis surat.
*wah2 rasa macam mengajar budak darjah satu buat ayat plak*

So apa significantnya setiap surah dalam Al-Quran dimulakan dengan bismillah kecuali surah at taubah??
sedangkan ayat tergantung rupanya!!

maka harus di ingatkan,  bismillah bukan sekadar lafaz, tetapi memerlukan penghayatan..

macam mana nak hayati kalau ayat pun tergantung??
mana pelengkapnya??

tepuk dada tanya selera.
*kalau sakit dada sendiri tanggunglah ye*


KITA ADALAH PELENGKAP..

bagaimana??

"Dengan nama Allah saya baca Al quran" 
"Dengan nama Allah saya study"
"Dengan nama Allah saya makan"

# dengan kemuliaan, kebesaran Allah saya buat benda nie, benda nie, benda tu...

can you see it?
hanya dengan bacaan yang pendek sebenarnya kita meletakkan konsep tunduk, patuh, tawakal kepada Allah dalam setiap perbuataan JIKA disertakan dengan penghayataan yang sepenuhnya...

BESARkan makna bacaan bismillah tu..
sebab itulah nabi menyuruh kita memulakan setiap amalan dengan bismillah..


so lets start everything with 

 diiringi bersama penghayatan 
semoga setiap amalan kita mendapat keberkatan...

SELAMAT BERAMAL!!