Saturday, November 3, 2012

Laporan 3 minggu PPG

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah pada 15 Oktober yang lepas, pihak ISMA telah mengutus Kak Nur Fatin Halil khusus ke Czech Republic. Ketibaan Kak Fatin disambut oleh Kak Arifah di Ruzyne Airport, Prague (nama baru tak ingat). Pada malamnya, semua ahli usrah berkumpul di bilik Kak Kina untuk dinner (siapa masak dirahsiakan), taaruf serba ringkas.

Sepanjang hampir 15 hari di Czech, pelbagai program telah dijalankan bersama Kak Fatin. Antaranya 

16 Oktober
Kuliyah Fiqh pada malam Selasa melibatkan sisters Olomouc. Bertempat di room 317, Sport Faculty, Neredin, kuliyah ini mengetengahkan isu haid, aurat, solat ketika musafir dan khuf. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar bermula jam 7.30 hingga 10 malam.


(Tolonglah tengok muka Kak Akiey)

19 Oktober 
Seterusnya, program mabit usrah bertempat di apartment Neredin 2 bermula hari Jumaat. Pada malamnya diadakan :
1. Tazkirah 'Tabarruj' dan 'Ikhtilat'
2. Sesi ice-breaking

Ketibaan akhawat Poland dan Kak Arifah.

20 Oktober 
Esoknya, diikuti program daurah di Masjid Al-Firdaus yang turut melibatkan ikhwah ISMA. Untuk daurah, 2 slot telah dibentangkan oleh Kak Fatin iaitu :
1. Hazad Din (Agama Ini) karya As-Syahid Sayyid Qutb
2. Risalah vs Ijazah

Pada malamnya, beberapa akhawat keluar main laser-tag. Ok saya tak main sebab kena tinggal. Kwang2. 

21 Oktober
Hari terakhir mabit, Kak Fatin membentangkan Shahadatul Haq tulisan Abul A'la Al-Maududi di Surau Neredin. Sebaik selepas lunch, akhawat Poland berangkat pulang ke Warsaw.


23 Oktober
Sekali lagi mengumpulkan sisters Olomouc di Sport Faculty untuk sesi Kuliyah Kesyumulan Islam oleh Kak Fatin. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar walaupun bilangan sisters yang hadir kurang daripada yang hadir di Kuliyah pertama.

25 Oktober
Mabit penggerak di bilik Kak Kina. Walaupun terpaksa tidur berhimpit-himpit tapi alhamdulillah banyak ilmu yang dikongsi oleh Kak Fatin berkenaan teknik mengendalikan usrah dan peranan usrah dalam pembentukan individu Muslim.

28 Oktober
Sambutan Hari Raya Aidiladha di RCO yang juga hari terakhir Kak Fatin di Olomouc. 

Jazakillahu khairan Kak Fatin sebab sudi bersama kami dan berkongsi baaaanyak ilmu baru. Semoga jasa baik Kak Fatin dibalas-Nya dalam bentuk yang lebih bermakna. Diharapkan segala ilmu baru yang dikongsi dapat dimanfaatkan oleh semua sisters yang terlibat, insyaAllah.

Salam sayang dari kami di Olomouc ke Kaherah. Semoga ukhuwwah ini dinaungi rahmat-Nya.

No comments: