Sunday, October 14, 2012

Usrah kami

Bismillah

Assalamualaikum. 
*Lama nya tak update blog ni*

Alhamdulillah semalam (13th Oct '12) ada usrah lagi. Alhamdulillah Allah masih beri peluang dan nikmat mata dan telinga untuk still continuously join usrah tanpa keuzuran serta nikmat kaki untuk berjalan ke port usrah.

Kali ni nak recall apa yang dah kami lakukan sepanjang usrah semalam so that in future kita tak lupa ilmu yang dikongsi bersama.

1) Agenda pertama : Tadabbur oleh Syer and Tiqah.

Kali ni giliran surah Al-Mulk. Boleh dikatakan hampir semua orang familiar dengan surah ni. Kalau di asrama sekolah saya dulu, setiap malam akan ada sorang muslimin yang akan baca surah ni kat mic surau, so time ni lah sedap usha bacaan siapa paling bes

Surah Al-Mulk ialah surah Makiyyah, surah ke-67 dalam sususan mashaf Uthmani, mengandungi 30 ayat. Secara generalnya, tema surah ini ialah keamanan dan keselamatan. Melihat kepada maksud 'Al-Mulk' itu sendiri  yang memberi terjemahan 'kerajaan' dalam bahasa Melayu, sebuah kerajaan dilihat sebagai satu institusi yang bertanggungjawab menawarkan keselamatan dan keamanan kepada seluruh isi masyarakat. 

Selain itu, surah ini men'deksripsi'kan kesempurnaan ciptaan alam ciptaan-NYA. 

A003
Dia lah yang telah mengaturkan kejadian tujuh petala langit yang berlapis-lapis; engkau tidak dapat melihat pada ciptaan Allah Yang Maha Pemurah itu sebarang keadaan yang tidak seimbang dan tidak munasabah; (jika engkau ragu-ragu) maka ulangilah pandangan - (mu) - dapatkah engkau melihat sebarang kecacatan? (ayat 3)

Surah Al-Mulk juga memperlihatkan kita kepada gambaran azab api neraka

A007

Apabila mereka dicampakkan ke dalamnya, mereka mendengar suara jeritannya meraung-raung, sedang ia menggelegak. (ayat 7)

Kenapa kita digalakkan membaca surah Al-Mulk sebelum tidur?

Ada kata-kata Ulama', Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk.” Maaf sumber yang sahih tidak dapat saya pastikan di mana. 

Fadhilat surah Al-Mulk yang lain boleh baca di ruangan ini.

 2) Agenda kedua : Pengisian oleh Kak Akiey.

Kak Akiey juga telah menyampaikan satu pengisian yang sangat menarik bagi saya, yakni menggunakan surah At-Takwir berpandukan Tafsir Fi Zilalil Quran untuk menggambarkan situasi hari kiamat kelak. 

At-Takwir ialah surah Makiyyah, surah ke 81, mengandungi 29 ayat. Secara umum, surah At-Takwir boleh dibahagikan kepada 2 bahagian : 
              1. Ayat 1-14 - Gambaran hari kiamat
              2. Ayat 15-29 - Hakikat penurunan wahyu


Bahagian 1

Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap);
Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak;
Dan apabila gunung-ganang di terbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu);
Dan apabila unta-unta yang bunting terbiar;
Dan apabila binatang-binatang liar dihimpunkan;
Dan apabila lautan meluap-luap bercampur-baur;
Dan apabila tiap-tiap diri disatukan dengan pasangannya;
Dan apabila anak perempuan yang ditanam hidup-hidup: ditanya, -
Dengan dosa apakah ia dibunuh?
Dan apabila surat-surat amal dibentangkan;
Dan apabila langit ditanggalkan dari tempatnya;
Dan apabila neraka dinyalakan menjulang;
Dan apabila Syurga didekatkan;
(Setelah semuanya itu berlaku), tiap-tiap orang akan mengetahui tentang amal yang telah dibawanya.
(ayat 1-14)

Ayat yang paling terkesan kepada saya ialah ayat ke-10, di mana Allah menggambarkan surat-surat amal dibentangkan di padang Mahsyar nanti. Tidak kira perkara yang mengaibkan atau memuliakan, segala rahsia kita akan dibongkar. Ya Allah, betapa malunya kita nanti andai seluruh umat manusia tahu perkara yang paling memalukan yang pernah kita lakukan di dunia sekarang. 

Deskripsi-deskripsi yang telah Allah terangkan dalam surah ini jelas dan PASTI akan berlaku. MashaAllah tak terbayang betapa dasyatnya bumi pada waktu itu dan manusia pasti dalam keadaan huru-hara. Yang terselamat dan dilindung hanyalah orang yang bertakwa. Semoga kita tergolong dalam kelompok itu.

Bahagian 2

Kak Akiey telah menerangkan kepada kami betapa tingginya darjat Al-Quran di sisi orang mukmin. Untuk menghasilkan Al-Quran bukan satu proses yang simple, terlalu banyak selection dan tangga-tangganya. 

A019
Sebenarnya Al-Quran itu, sungguh-sungguh Kalamullah (yang disampaikan oleh Jibril) Utusan yang mulia, (ayat 19)

Diturunkan oleh Jibril yang mulia untuk seorang Nabi yang mulia mengandungi pelbagai ajaran yang lengkap untuk sepanjang hidup.

Subhanallah, betapa Allah telah menyusun satu turutan yang cantik untuk menurunkan panduan hidup kita yakni Al-Quran. Rugilah kalau kecantikan ini tidak kita hargai lebih-lebih lagi dihayati dan diamalkan isi kandungannya.

3) Agenda ketiga : Isu semasa oleh Sharin

Sharin telah membentangkan isu kesihatan dan kepentingan mengawal nafsu makan

"Makan bila lapar, berhenti sebelum kenyang"

Kita tidak digalakkan makan terlalu banyak dalam sesuatu masa, dikhuatiri malas untuk bergerak, to make thing worse, syaitan akan menghasut kita untuk malas beribadat. 

Maka, sebelum makan, baca doa dulu. =)

Extra reading di sini. 



Sekian sahaja dari usrah kami. Sepatutnya Qiela and Nisa bentang tazkirah tapi due to time constraint, tazkirah ditangguhkan ke usrah akan datang, insyaAllah. Not to forget, semalam kami menerima ahli usrah baru, Azreen. Ahlan wasahlan wamarhaban bikum. 

Semoga mendapat manfaat drpd entry ni. Assalamualaikum !