Saturday, February 23, 2013

7 Dasar Islam (part 1)


Mabit 22 Februari 2013

Dasar – dasar Islam : Abul Ala Al  Maududi

7 Dasar Islam (Part 1)

1)IMAN

·      Kurnian Terbesar
“Sesungguhnya orang – orang yang beriman itu adalah mereka yang jika disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat – ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya) dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal, (iaitu) orang – orang yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka. Itulah orang – orang yang beriman dengan sebenarnya – benarnya. (Al Anfal:2-4)

Syarat – Syarat Iman

1)Pengetahuan
  • ·      Islam bukan paksaan (2:208), (2:251)
  • ·      Kepentingan mengetahui hakikat jahiliyyah
  • ·      Umar Al Khattab: Ikatan iman akan terungkai satu demi satu, apabila dikalangan islam tumbuh orang yang tidak jahiliyyah.
  • ·      Jahiliyyah: Semua yang bertentangan dengan Islam

2) Perbuatan
  • ·      Perbezaan antara muslim dan kuffur




 Janji Allah: Islam akan menang!!

Realiti sekarang : Maksiat Berleluasa!!!!!

SEBAB???
  • ·      Kita kena muhasabah diri
  • ·      Kita kena tahu apa ciri – ciri orang yang menang yang disebut oleh Allah dalam al – Quran
  • ·      Renungan: Akibat berpaling daripada al Quran  (Taha:124-125) (Al Araf:40), (NIsa:56)
  • ·      As Syahid Muhannad Tahir:

“Islam itu hebat. Tiada orang yang layak memikulnya kecuali orang yang hebat. Maka jadilah orang yang hebat”





 SYAHADATAIN
  • ·      Perjanjian antara manusia, Allah dan Rasul
  • ·      Seluruh dunia dan tubuh menjadi saksi kepada sumpah kita
  • ·      Sekiranya kita melanggari perjanjian tersebut Allah sama sekali tidak akan terjejas  (Al Imran: 177)
  • ·      Kalimah ini menjelaskan bahawa kita mesti meletakkan Allah sebagai ilah kita
  • ·      Dalam dunia masa kini, kita sering meletakkan benda – benda keduniaan sebagai ilah iaitu keutamaan kita.


Sabda Rasulullah:
            “wahai manusia, sesungguhnya Allah berfirman kepadamu: Perintahlah (Manusia) supaya melakukan perkara – perkara yang makruf (yang baik) dan cegahlah mereka dari melakukan perkara – perkara yang mungkar sebelum ( tiba waktu di mana) kamu meminta dan aku tidak lagi memberi dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak menolong kamu lagi.

(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)



No comments: