Thursday, June 21, 2012

Cakna kah kita?

Alhamdulillah, segala puji hanya pada yang Maha Esa. Alhamdulillah masih diberi peluang menghirup udara pemberian-Nya. Alhamdulillah masih diberi nikmat penglihatan pinjaman-Nya. Alhamdulillah kaki masih mampu melangkah. 

Alhamdulillah masih diberi tempat perteduhan di bumi Allah. Regarding this, teringat saudara seakidah kita, bangsa Rohingya di Myanmar. Myanmar tidak serik melaksanakan pembersihan etnik. Tanpa belas kasihan, mereka dihalau dari negara tumpah darah. Lebih menyedihkan apabila negara jiran se-Islam, Bangladesh menutup sempadan kemasukan bangsa ini yang meminta perlindungan. 


Bayangkan kalau pakcik ini ayah kita. Merayu meminta pertolongan tapi rayuannya tidak diendahkan. T_T

Ke mana lagi kaki mereka mampu melangkah? Ke mana hala tuju hidup mereka, anak-anak kecil akan datang? 

Ya ALLAH, hanya dengan perlindungan dan naungan-Mu, kami berharap.

Semoga doa buat saudara kita ini sentiasa dititipkan saban hari. Agar tabah menghadapi dugaan. Agar dugaan dan ujian yang mereka hadapi bakal mencambahkan benih-benih ketabahan yang jitu terutama dalam jiwa si pemuda justeru bangkit mempertahankan bangsa dan agama, terutama akidah kepada Yang Satu yang acap kali diperkotak-katikkan di negara mereka. Pelbagai bentuk tuduhan  dilempar. Islam is terrorist, extremist dan sebagainya. 


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”. 

Riwayat at-Tabrani



Di dalam Shahih al-Bukhari diriwayatklan daripada Nukman bin Basyir yang mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: 

“Engkau lihat orang-orang mukmin di dalam saling kasih sayang, hubungan yang hangat, dan merasakan di antara mereka seperti tubuh. Jika salah satu anggota tubuh mengeluh, maka seluruh tubuh itu akan merasa demam dan tidak boleh tidur.”         

Adakah kita  merasakan yang sama? Kita tidak mampu bertindak lebih daripada berdoa, maka marilah sama-sama kita doakan saudara-saudara kita di Myanmar, Syria, Palestin mahupun di mana-mana. Moga ditabahkan hati mereka. 

Wallahu a'lam.





1 comment:

saya said...

alhamdulillah baru selesai membaca buku bertajuk konspirasi dan penaklukan yahudi.. nauzubillah begitu liciknya yahudi ini kerana kebanyakkan perkara spt perang dunia 1 dan kedua dirancang oleh yahudi..dan byk lagi.. pembersihan etnik juga salah satu konspirasi yahudi.. mari sama2 doa bg saudara seislam kita agar kita sentiasa dijauhkan drpd fitnah dunia.. wallahualam..