Mabit 22 Februari 2013
Dasar – dasar Islam : Abul Ala Al Maududi
7 Dasar Islam (Part 1)
1)IMAN
·
Kurnian Terbesar
“Sesungguhnya orang – orang yang beriman itu
adalah mereka yang jika disebut nama Allah gementarlah hati mereka dan apabila
dibacakan kepada mereka ayat – ayatNya, bertambahlah iman mereka (kerananya)
dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal, (iaitu) orang – orang yang mendirikan
solat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami berikan kepada mereka.
Itulah orang – orang yang beriman dengan sebenarnya – benarnya. (Al Anfal:2-4)
Syarat – Syarat Iman
1)Pengetahuan
- · Islam bukan paksaan (2:208), (2:251)
- · Kepentingan mengetahui hakikat jahiliyyah
- · Umar Al Khattab: Ikatan iman akan terungkai satu demi satu, apabila dikalangan islam tumbuh orang yang tidak jahiliyyah.
- · Jahiliyyah: Semua yang bertentangan dengan Islam
2) Perbuatan
- · Perbezaan antara muslim dan kuffur
Realiti sekarang :
Maksiat Berleluasa!!!!!
SEBAB???
- · Kita kena muhasabah diri
- · Kita kena tahu apa ciri – ciri orang yang menang yang disebut oleh Allah dalam al – Quran
- · Renungan: Akibat berpaling daripada al Quran (Taha:124-125) (Al Araf:40), (NIsa:56)
- · As Syahid Muhannad Tahir:
“Islam itu hebat. Tiada orang yang layak
memikulnya kecuali orang yang hebat. Maka jadilah orang yang hebat”
- · Perjanjian antara manusia, Allah dan Rasul
- · Seluruh dunia dan tubuh menjadi saksi kepada sumpah kita
- · Sekiranya kita melanggari perjanjian tersebut Allah sama sekali tidak akan terjejas (Al Imran: 177)
- · Kalimah ini menjelaskan bahawa kita mesti meletakkan Allah sebagai ilah kita
- · Dalam dunia masa kini, kita sering meletakkan benda – benda keduniaan sebagai ilah iaitu keutamaan kita.
Sabda Rasulullah:
“wahai
manusia, sesungguhnya Allah berfirman kepadamu: Perintahlah (Manusia) supaya
melakukan perkara – perkara yang makruf (yang baik) dan cegahlah mereka dari
melakukan perkara – perkara yang mungkar sebelum ( tiba waktu di mana) kamu
meminta dan aku tidak lagi memberi dan kamu memohon pertolongan lalu aku tidak
menolong kamu lagi.
(Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)